Tuesday 29 March 2011

HOME


Selamat Datang Ke Elken

Sejak 1995, Elken telah membantu jutaan orang untuk merealisasikan impian mereka. Kami telah membangunkan satu rangkaian yang merentas arena antarabangsa dan operasi kami dikendalikan secara profesional serta mematuhi keperluan pensijilan ISO: 9001 yang bertaraf dunia secara ketat.

Penyelidikan & Pembangunan 

Pencapaian cemerlang bagi tahun 2001 merupakan penubuhan loji kilang kami sendiri yang telah diaudit dan dianugerahkan Good Manufacturing Practises (GMP atau Lesen Amalan Pengilangan Baik) untuk Traditional Medicines and Over The Counter Products (Perubatan Tradisional dan Produk Di Atas Kaunter) oleh National Pharmaceutical Council Bureau (Biro Majlis Farmaseutik Antarabangsa).

Tahun 2002 mencatatkan peristiwa penting apabila kami menjadi
 ahli American Nutraceutical Association (ANA atau Persatuan Nutraseutik Amerika), mendapat Sijil HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pensijilan ISO9001:2000 daripada Badan Pensijilan TUV-Pfalz.

Dengan komitmen kami untuk terus cemerlang melalui pematuhan kepada piawaian antarabangsa, kami berhasrat untuk berkongsi nilai dan ob
jektif murni dengan Pengedar kami yang sentiasa mengutamakan kemujaraban dan keselamatan suplemen diet dan makanan kesihatan.

ORGANISASI BERKUALITI
Elken ialah syarikat jualan langsung pertama di Malaysia yang berjaya mendapat pengiktirafan pensijilan ISO9002 pada tahun 1998. Kami juga merupakan syarikat pertama yang mempertingkatkan pensijilan tersebut ke ISO9001 pada tahun 2003. Elken berasa bangga untuk beroperasi menurut piawaian ISO9001.
Kami percaya dan mengamalkan Urus Tadbir Perniagaan Baik (Good Corporate Governance). Elken turut berbangga sebagai ahli korporat industri jualan langsung yang bertanggungjawab dan kami sentiasa mematuhi segala peraturan kerajaan dan Kod Etika Persatuan. Elken merupakan ahli aktif dalam Persatuan Persekutuan Jualan Langsung (World Federation of Direct Selling Associations), Persatuan Jualan Langsung Malaysia (Direct Selling Association of Malaysia), Persatuan Jualan Langsung Singapura (Direct Selling Association of Singapore) dan Persatuan Kosmetik Dandanan Diri dan Minyak Wangi (Cosmetic Toiletries & Fragrance Association).
Elken hanya memilih produk yang berkualiti terbaik. Suplemen kesihatan Elken dari Amerika Syarikat dan Jepun diiktiraf oleh USDA, selaku Pentadbiran Dadah dan Pemakanan Amerika Syarikat (United States Food & Drug Administration) dan JHFA, selaku Persatuan Pemakanan Kesihatan Jepun (Japan Health Food Association) Selain itu, semua produk suplemen kesihatan Elken juga disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Barangan pengguna (Fast Moving Consumer Goods) turut disah oleh JAKIM; organisasi yang mengawal penyediaan produk makanan supaya mematuhi keperluan umat Islam.

...Bagi memastikan kualiti air, cara rawatan air seperti penyulingan, penyahionan dan ultra ungu (UV) sudah tidak memadai....

...Untuk memenuhi keperluan bekalan air tulen, Sistem RO Elken Bio Pure telah dicipta hasil kerjasama saintis Malaysia, Jepun dan Amerika Syarikat....

...Keseluruhan sistem RO Bio Pure juga dijamin kualitinya oleh Pertubuhan Kualiti Air (WQA) dengan Cop Emas S300, iaitu penerima yang pertama dan satu-satunya penerima anugerah tersebut untuk benua Asia...

...Menurut pakar air WQA, Michael Robert Long Elken Bio Pure adalah teknologi yang terbaik di dunia buat masa ini. "Setakat ini tiada lagi yang dapat menandingi sistem (Elken Bio Pure)"...
Diambil daripada Utusan Malaysia (Selasa 18 Julai 2006) - Mukasurat 22
Elken's Reader's Digest win! (StarSpecial, Thursday 22 May 2008 - SS9)